Showing posts with label campak. Show all posts
Showing posts with label campak. Show all posts

April 03, 2011

Campak Keladi?

Apakah itu? Mmm..tau demam campak. Tapi, tak tau pulak demam campak ada banyak jenis.

Sekarang baru tau ada campak keladi. Takda. Takda. Ini takda kena-mengena dengan aktiviti mencampak sayur keladi etc.

Hari tu demam agak teruk. Memang prosedur hospital sekarang, demam lebih 3 hari kena ambil darah. Yela, sekarang kan macam-macam. First sekali takut H1N1. Second ancaman dalaman adalah denggi. Jadi 2 kali datang hospital, 2 kali juga kena ambil darah. Hari kedua tu kena masuk air sebab nampak macam tak bertenaga je.

Then, seminggu lebih lepas demam...Tengok badan naik macam ruam. Merah-merah satu badan. Anjang kata campak keladi. Baiklah baru kutuk housemate hari tu. Padan muka sendiri. Miang-miang satu badan. Tapi campak ni tak berjangkit dari orang lain atau menjangkiti orang lain.


Arggghhhhh gatalnya!!!!