December 18, 2010

Weekend Without Mama

Aha!!! 2nd post =)

Aduyai mama dgn Kaknis blk Johor. Family matters. 
So, sape yang nak kena masak?
Sape yang tinggal?



Here the list:

  1. Baba-Konfem Out. Takkan bapak nak kena masak untuk anak2 yang dah besar panjang n kalau diri sebelah-sebelah pun dah same tinggi?
  2. Ayum-ooooiii kerat jari la nak masak =P
  3. Anim-50/50. Ikut mood kot. Kalau rajin boleh join. Kalau malas. terjun lombong lagi baik kowt (T_T)
  4. Dayah-Out. Takpelah. Suruh dia in-charge baju pun oke.
  5. Nadia-Out. Takkan nak suruh orang yang datang umah masak? Tak patut betulllll.
  6. Diri Sendiri-Terpaksa In

Haha. Saje je letak diri sendiri last dalam list. Eh macam rhyme pulak. Ye sebab malas tapi terpaksa. Tanggungjawab weyh tanggungjawab. SEE!!! Nilai murni tu...


Oke la, day 1st menu kita untuk lunch adalah sardin. Paling mudah dalam dunia kot. Sardin, lawan dia adalah telur dadar ye anak-anak. Tapi idea dari otak yang kreatif mestilah tak nak buat telur dadar je. Itu budak tadika pun pandai nak buat. Mari kita buat telur bungkus. Unfortunately acara membungkus tak jadi wokayyy. Makanya telur tu kita simpan dalam oven untuk sorang-sorang makan. (*_*) Gambar takda kat sini. Malula hihi.




2nd day. Menu lunch adalah ayam percik putih. Ni macam percik putih kelantan tuh. Tapi nak bagi ada kick sikit, marilah tambah ci!cilipadi!gelaran kami! hihihi cilipadi. Kalau ikut Anim gune 10 biji je. Tapi tangan dah terambil sejemput. Jadi resepi dia adalah sejemput cilipadi untuk 12 ketul ayam drumstick. Mmm takkan tu je lauk? Sebab semua orang kurang suka sayur-sayuran, goreng pulak ikan puput. Ikan ni kene goreng garing-garing sebab tulang dia banyak. Kalau tak, tercekik nanti sapa yang susah?


 Tengok semua drumstik kena berendam bersama untuk cepat mesra.



 Ikan pun tak terkecuali kena bersempit-sempit dalam kuali.




 Tada!!!

Opps laparla. Nak pergi makan dulu ye =)









December 11, 2010

Weekend Getawayyy!!!

Weekend Getaway.

Bercuti Akhir Pekan.

Liburan Akhir Pekan

Apakah? Sila Salahkan Google Translate yang jadi perosak bahasa kat sini. 

Hehe saje je first entry nak tulis pasal latest xtvt. KL-Lenggong-Bukit Merah Laketown Resort. Oke la nak abeskan cuti 1 hari pergi mandi kat situ. Anim la mastermind dalam kes ni yang plan. Dari nak pergi sana, nak amek Dayah gemuk, nak naik apa, nak makan apa, semua lah. Penat kowt semua nak tulis kat sini. Dahlah penat main air. 

Game tak banyak sangat. Orang pun tak ramai sangat. Kira kalau nak ulang naik boomerang 5-6 kali pun boleh. Kalau berani la. Sebab kan, ada orang tu kan, dah naik atas kan, sanggup turun balik...Sebab takut punya pasal. Tak puas hati betul!!!Oh, lupa plak. Ada lagi satu tak puas hati. Ada ke orang jalan-jalan tak bawak kamera? Hish, ni yang rasa nak beli DSLR ni. Sabar ye cik Hamimah Hamiz. Banyak lagi shopping list tak setel lagi. HELPPPP~
+_+