Ehem. Saya memang prefer hospital kerajaan kalau sakit.
May be sebab mak saya nurse adalah salah satu sebab. Tapi saya pun kurang fulus untuk pergi hospital swasta. Lagipun dari kecik lagi saya dah diperdengarkan dengan cerita-cerita indah hospital kerajaan. Actually bukan dengar je la. Saya ada ikut mama pergi kerja and rasa yang orang-orang dekat situ baik-baik je. Tak pernah pulak diorang cuba merompak pesakit ke apa.
Tapi Alhamdulillah saya serta adik-beradik tak pernah masuk hospital.
Eh, Tak. Tak pernah berpenyakit kronik. Syukur.
Yang saya ingat Kaknis pernah kena jahit telinga sebab jatuh basikal dalam longkang.
Ayum pernah tersepit kaki dekat rim motor. Tapi tak ingat apa procedure yang dia kena buat.
Anim pernah masuk ward kanak-kanak sebab bibir jadi bengkak macam Ning Baizura. Pernah jugak kena jahit kat dagu cedera masa saya dengan dia main lompat-lompat almari dengan gaya terjun ala Superman.
Saya pulak pernah patah kaki sebab sukan lompat pagar. Ehem, atlit kan. Itu sukan ye. Bukan saya patah kaki masa lompat pagar nak curi keluar dari hostel tengah malam. Saya tak buat kerja macam itu. Oh, lagi satu saya pernah buat operation gigi. Gigi bongsu degil taknak keluar jadi doktor terpaksa bedah. Punya la takut sampai minta full bius. Haha.
Tapi, masa tu saya student. Jadi cost operation universiti yang cover. Best kan jadi student?
Jadi, saya rasa kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Kalau mampu, pergilah swasta. Kalau tak mampu, pergilah hospital kerajaan. Ia memang memadai dengan apa yang kita akan dapat. Jangan anggap kita anak raja nak request Doktor pakar setiap kali nak rawatan. Doktor Pakar mungkin hanya mampu mengarah untuk buat apa tapi tak pro dalam hal yang lain. Kalau Doktor pakar boleh buat semua tugas, maka nurse tak diperlukan lah kannnnnn.
Oleh itu, sedar di mana kita berada dan bersyukur dengan apa yang kita dapat. Tak salah berusaha untuk jadi lebih baik. Tapi, tak payah lah condemn hasil kerja orang. Pepatah Melayu, anjing menyalak bukit takkan runtuh.