Trip ni boleh kata trip berani mati. Hihi. Ni trip oversea without mama, baba dengan kaknis. Jadi rasa tak secure sangat. Selalu boleh bergantung dengan Mama & Baba. Kalau bab expenses & accommodation pulak selalu Kaknis yang jaga. Makanya trip kali ni kita ada lantikan baru. Yang jaga expenses semua adalah saya. Anim adalah cik communicator kita. Encik A adalah security guard kita.
Macam akan jadi panjang je entry ni. =)
Trip ni start dari Phnom Penh. Kenapa Phnom Penh? Ada apa kat Phnom Penh? Sebab masa tu macam eager sangat nak jalan-jalan. Lepas tu beli je la tiket yang paling murah dapat direbut. Nak pergi mana nanti kita survey. Sebab kami percaya each place ada keistimewaan tersendiri.
Tanah tandus Phnom Penh dari atas kapal terbang
Konon nak backpackers
Sampai juga kat Cambodia
Sampai kat Phnom Penh lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu sana. Sebenarnya takda apa sangat yang menarik sangat kat Phnom Penh ni walaupun Phnom Penh ni ibu negara Cambodia. Yang excited adalah sebab Cambodia ni bukan negara Islam yang pertama kami sampai selain Singapura. Singapura tak rasa sangat sebab orang Melayu bersepah kat sana plus ada sedara kat sana.
Sampai je, dah ada driver yang hotel sediakan untuk bawa ke hotel. Hotel yang dipilih pun hotel backpackers sebab nak rasa macam rakyat tempatan sikit. Banyak-banyak tak berani sangat. Hihi. Sampai je hotel, owner tu bagitau yang bilik tak boleh masuk lagi sebab ada orang belum keluar sebab belum pukul 12. Jadi terpaksa angkut balik beg masuk dalam kereta driver. Tak berani nak simply tinggal beg kat hotel sebab banyak sangat baca rumours kat internet yang beg boleh kena curi.
Jadi driver pun bawak la tour around bandar. Oh lupa nak cakap. Masa sampai tu Phnom Penh tu, bandar tu dalam kesedihan lagi sebab mantan raja, Norodom Sihanouk dah meninggal dunia. Bendera-bendera still dikibarkan separuh tiang. Bila tanya Baba, katanya Norodom ni zaman Soeharto dulu.
Tempat pertama driver bawak adalah Tuol Sleng Genocide Museum. Rakyat Cambodia ni still mengenang zaman kesusahan semasa perang diorang. Jadi bangunan bekas sekolah ni dipamerkan kesan-kesan siksaan dan penderitaan yang dialami rakyat. Memang insaf la tengok bukti-bukti gambar cara siksaan dibuat. Ada juga gambar-gambar mangsa. Tengok muka mangsa ni memang sayu dibuatnya. Bila fikir balik, mungkin siksaan ni lebih kurang je masa negara kita dijajah Jepun dulu. Tapi bezanya kita anak 80an & 90an tak didedahkan penderitaan tu secara langsung. Wah panjang lebar. Nampak tak patriotik kat situ.
Ni la katil yang diorang guna untuk seksa tahanan. Mati kering la tahanan tu kat situ.
Hmmm 1st time pergi negara bukan Islam, ada orang excited!Kesian tengok gambar-gambar tahanan ni. Terus insaf muhasabah diri.
Lepas tu driver bawak pulak kat Killing Field. Kat sini xde apa sangat. Just satu kawasan luas dengan tasik & pokok. Sampai-sampai je kita akan diberi headphone dengan recorder. Siap boleh pilih bahasa ye. Bahasa Melayu pun ada. Nampak sangat banyak orang Malaysia datang sini. Jadi boleh la kita belajar sejarah Cambodia sambil jalan-jalan kat dalam ni. Rasa xde time limit. Duduk lah berapa lama nak.
Haaa tu diaaa model Killing Field.. Huhu taknak la. Tempat ni ngeri sebenarnya. Ni tempat pembunuhan beramai-ramai.
Lagi satu contoh gambar kawasan ni. Sila abaikan model tak berbayar tu.
Oke, lepas dah lepak-lepak kat situ, driver pun hantar balik hotel. Dah boleh check in kot. Kitorang pun berbaringan dalam bilik. Petang sikit keluar la jalan-jalan kat bandar Phnom Penh. Tak jauh pun.
Sungai Mekong yang famous amos masa belajar Geografi
Senja View
Main takraw kat tengah bandar. Mampu?
Polis eksyen tak bagi masuk tengok
The tourist kat Central Market.
Muka penat dan cuba excited celebrate birthday di negara orang =)
Jumpa esok pulak. Penat woh jalan kaki keliling bandar ~



No comments:
Post a Comment