September 05, 2011

Ceriterew Rayew Kitew

Fuhh!!! Habis sudah sebulan berpuasa. Macam-macam yang jadi time bulan puasa ni T__T. Hmmm that's life. Face it whatever pun yang jadikk kannn..

Ehemm tahun ni memang rasa betul-betul raya la. Ada feel nak balik kampung, feel terpaksa keluarkan duit raya (time ni la rase dah dewasa sangat..p.o.y.o), feel keluarkan belanja untuk raya ( even tak full hihi), feel buat kuih raya je takde =(.

Kalau nak ikut schedule raya tiap-tiap tahun pun lebih kurang je. Kalau nak ikut dari kecik biasanya first day raya mesti kat kampung baba. Then second hari raya baru balik kampung mama. Itu pun kalau mama tak kerja raya first tu. Kalau tak, raya kat hospital la gamaknya =(

Tahun ni pun lebih kurang je. Orang selalu tanya kenapa pagi raya baru nak balik kampung. Kepong tu dah macam tanah tumpah darah jugak. Dari kecik sekolah kat situ, jadi kebanyakan jiran dah kenal berpuluh-puluh tahun. Even pergi sekolah kat ceruk mana pun, tapi dah kira pemastautin tetap kat situ. Kalau tak tau nama pun tapi muka tetapppppp kenal. Nama pulak kampung Melayu. Kalau ada orang baru datang duduk pun tapi still hidup bermasyarakat tu still ada.

Aktiviti wajib malam raya adalah takbir raya dari rumah ke rumah. Kalau dulu-dulu satu kampung ni diorang round. Tapi sejak banyak orang baru ni, orang surau dah divide ikut group. Ikut kawasan rumah. Ikut kawasan rumah pun still pukul 2 pagi baru habis. Perasaan tunggu orang takbir sampai pukul 1 ni dah jadi rutin. Yang paling best budak-budak kecik yang join la. Malam raya ni la duit raya paling mahal. Bile dah siang biasanya harga duit raya turun sikit =) Orang tua? Harapkan makanan sedap-sedap la hihi. Errr tiada kaitan dengan saya ye coz yang takbir ni golongan pria-pria je (*_*)

Pagi raya pulaak pergi sembahyang raya. Sembahyang sunat Aidilfitri ni bila dah besar baru la baba terapkan pergi sembahyang kat masjid. Kalau time remaja dulu, dok rumah je tolong mama kemas rumah apa yang patut. Ni salah satu sebab balik raya lambat. Baba dulu imam kat FRIM, jadi kena la ada kat masjid pagi raya tu. Even sekarang dah tak jadi imam officially, tapi baba dah jadi kewajipan datang sini tiap-tiap tahun.

Lepas sembahyang raya adalah photoshoot event bersama family. Eh sebelum tu ada aktiviti bersalam-salaman memohon kemaafan. Masa ni lah i dapat duit raya. Hihi thanx ba+ma+kaknis =). Tapi tahun ni kena keluarkan la pulak sebab ada rejeki lebih =).

photoshoot.

salam.salam.dengan.baba.


Now time makan-makan-sampai-kenyang sebelum bertolak balik kampung. Balik kampung yo!! Best semua balik kecuali adik lelaki yang akan jaga rumah, stay kat rumah sambil jaga kucing-kucing tersayang. Kalau cerita kat orang, orang tak percaya, tapi memang salah satu alasan jika jaga kucing, kampung tak boleh balik. Ayat macam kel****. Huhu. Ni nak cerita nanti.


Ni aktiviti lain:
 Jumpe sepupu sepapat sekali setahun
 Jalan-jalan.
 Makan-makan

 Senyum sambil pegang makanan is a must.

Shopping.




Dah la. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Appreciate our parents sementara masih ada =)
They ruled my life n love them!

No comments:

Post a Comment