June 06, 2013

The Sweet Escape

Alamak!!!alamak!!! passport expiry date 25 Nov 2013. Getting closer. Kena pergi mana-mana ni. Nak selamat baik kita pergi yang dekat je. Singapore la the chosen one. So, USS here we come!!!

Sebab sekarang banyak apps yang boleh compare harge airlines serata dunia, maka tertengok la Jetstar ni. Murah sikit dari AirAsia, jadi terus beli. Jetstar ni sebenarnya penerbangan tambang murah bawah Qantas Airlines. Jadi walaupun tambang murah, tetap tempat departure kat KLIA wokeh. Best kan =)

 Tiket Jetstar

Dan...oleh kerana nak pergi USS semata, sampai sana pukul 12.50 am, kitorang plan tidur je kat airport. Cari rest area tak jumpa, so tidur je la kat kerusi area boarding tu. Tiba-tiba pukul 3 pagi ada polis 2 orang datang kejut. Huhu..kitorang tak boleh stay dalam boarding area tu. Kena keluar ye. Imigresen tu gelak pulak. Tapi sempat dia cakap, kalau nak pergi international at least 6 bulan before date expiry passport. Hmm bukan tak pernah pun. Kalau orang Malaysia biasa dia boleh consider sampai 3 bulan. Lagi-lagi kalau masuk naik kereta.

 Changi Airport at 2am

Lepas dah keluar tu, sambung tidur kat area luar tu. Tapi Changi ni kan international airport. Pukul 4 pagi dah busy kot. Bunyi lif la, bunyi orang lalu lalang la, macam-macam. Terpaksa bangun awal sebab nak sampai awal kat USS. Toilet kat Singapore ni semua takde bidet. Sebab dah terbiasa dengan Malaysia yang air melimpah ruah, silalah bawak botol mineral kosong. Masa nak pergi toilet tu, tengok banyak la foreigner yang tidur merata-rata. Dekat seat Starbuck pun ada ye. Time nak breakfast tu, almost half penuh dengan orang yang tidur.

Oke terus ke cara nak pergi USS. Dari Terminal 3 Changi Airport, follow signboard Skytrain. Skytrain ni macam Aerotrain kita. Tak payah bayar, naik je sampai Terminal 2. Turun je cari signboard City Train pulak. Kena turun 1 level kalau tak salah. Sepatutnya boleh beli kad yang 12 dolar tu. Tapi kaunter buka pukul 8.00pg. So beli je kat ticket machine tu harga SGD 3.30. Terus je beli tiket sampai Harbour Front. Tapi kat Tanah Merah kena turun ye. Tukar train untuk ke Outram Park. Kat Outram Park turun lagi sekali tukar train untuk ke Harbour Front. Oke tiket tadi dah boleh simpan. Nanti balik nak guna just top up tiket tu kat machine. 

Dari Harbour Front (Vivo City) tu, naik sampai level 3 ye. Beli tiket Sentosa Express pulak untuk ke Sentosa Station. Harga tiket SGD 4 (pergi-balik). Oke, tu je yang penting kot. Layanlah gambar-gambar kat bawah ni =)

  
Gambar wajib kot bila dah sampai kat USS ni.


Ni pagi lagi. Orang pun tak ramai lagi.


A happy kid she is!!

 Betty Boobs: Comel kan!!! Boleh tak next time datang nak shopping sourvenir je =))

Kalau tengah jalan-jalan tu nampak character, better cepat-cepat pergi. Sangat limited ye orang yang boleh ambil gambar. And the characters tak selalu ada.

Gambar dengan Bart Simpson

As the conclusion, game dalam ni ada tahap jantung terkeluar and masuk balik. Yang tahap budak-budak tu kitorang tak masuk. Nasib baik beli Express Pass. Both Singapore dengan Malaysia tengah school holiday woh!! Oh lagi satu, game dalam ni memang suka baling air kat orang ek? huhu. Last picture, high density roller coaster: Revenge Of The Mummy.




p/s: Siapa-siapa boleh try la backpackers style macam kitorang. Tak susah mana. Singapore je pun! Huhu


May 30, 2013

Day 1- Phnom Penh

Ehem. Dah lama nak tulis tapi tak sempat-sempat.
Trip ni boleh kata trip berani mati. Hihi. Ni trip oversea without mama, baba dengan kaknis. Jadi rasa tak secure sangat. Selalu boleh bergantung dengan Mama & Baba. Kalau bab expenses & accommodation pulak selalu Kaknis yang jaga. Makanya trip kali ni kita ada lantikan baru. Yang jaga expenses semua adalah saya. Anim adalah cik communicator kita. Encik A adalah security guard kita.

Macam akan jadi panjang je entry ni. =)

Trip ni start dari Phnom Penh. Kenapa Phnom Penh? Ada apa kat Phnom Penh? Sebab masa tu macam eager sangat nak jalan-jalan. Lepas tu beli je la tiket yang paling murah dapat direbut. Nak pergi mana nanti kita survey. Sebab kami percaya each place ada keistimewaan tersendiri.

Tanah tandus Phnom Penh dari atas kapal terbang

 Konon nak backpackers

Sampai juga kat Cambodia

Sampai kat Phnom Penh lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu sana. Sebenarnya takda apa sangat yang menarik sangat kat Phnom Penh ni walaupun Phnom Penh ni ibu negara Cambodia. Yang excited adalah sebab Cambodia ni bukan negara Islam yang pertama kami sampai selain Singapura. Singapura tak rasa sangat sebab orang Melayu bersepah kat sana plus ada sedara kat sana. 

Sampai je, dah ada driver yang hotel sediakan untuk bawa ke hotel. Hotel yang dipilih pun hotel backpackers sebab nak rasa macam rakyat tempatan sikit. Banyak-banyak tak berani sangat. Hihi. Sampai je hotel, owner tu bagitau yang bilik tak boleh masuk lagi sebab ada orang belum keluar sebab belum pukul 12. Jadi terpaksa angkut balik beg masuk dalam kereta driver. Tak berani nak simply tinggal beg kat hotel sebab banyak sangat baca rumours kat internet yang beg boleh kena curi.

Jadi driver pun bawak la tour around bandar. Oh lupa nak cakap. Masa sampai tu Phnom Penh tu, bandar tu dalam kesedihan lagi sebab mantan raja, Norodom Sihanouk dah meninggal dunia. Bendera-bendera still dikibarkan separuh tiang. Bila tanya Baba, katanya Norodom ni zaman Soeharto dulu.

Tempat pertama driver bawak adalah Tuol Sleng Genocide Museum. Rakyat Cambodia ni still mengenang zaman kesusahan semasa perang diorang. Jadi bangunan bekas sekolah ni dipamerkan kesan-kesan siksaan dan penderitaan yang dialami rakyat. Memang insaf la tengok bukti-bukti gambar cara siksaan dibuat. Ada juga gambar-gambar mangsa. Tengok muka mangsa ni memang sayu dibuatnya. Bila fikir balik, mungkin siksaan ni lebih kurang je masa negara kita dijajah Jepun dulu. Tapi bezanya kita anak 80an & 90an tak didedahkan penderitaan tu secara langsung. Wah panjang lebar. Nampak tak patriotik kat situ.

Ni la katil yang diorang guna untuk seksa tahanan. Mati kering la tahanan tu kat situ.

Hmmm 1st time pergi negara bukan Islam, ada orang excited!

Kesian tengok gambar-gambar tahanan ni. Terus insaf muhasabah diri.


Lepas tu driver bawak pulak kat Killing Field. Kat sini xde apa sangat. Just satu kawasan luas dengan tasik & pokok. Sampai-sampai je kita akan diberi headphone dengan recorder. Siap boleh pilih bahasa ye. Bahasa Melayu pun ada. Nampak sangat banyak orang Malaysia datang sini. Jadi boleh la kita belajar sejarah Cambodia sambil jalan-jalan kat dalam ni. Rasa xde time limit. Duduk lah berapa lama nak. 

Haaa tu diaaa model Killing Field.. Huhu taknak la. Tempat ni ngeri sebenarnya. Ni tempat pembunuhan beramai-ramai. 


Tengkorak mangsa-mangsa yang dikumpulkan.



Lagi satu contoh gambar kawasan ni. Sila abaikan model tak berbayar tu.

Oke, lepas dah lepak-lepak kat situ, driver pun hantar balik hotel. Dah boleh check in kot. Kitorang pun berbaringan dalam bilik. Petang sikit keluar la jalan-jalan kat bandar Phnom Penh. Tak jauh pun.

 Sungai Mekong yang famous amos masa belajar Geografi

 Senja View

 Main takraw kat tengah bandar. Mampu?

Polis eksyen tak bagi masuk tengok

 The tourist kat Central Market.

 Muka penat dan cuba excited celebrate birthday di negara orang =)

Jumpa esok pulak. Penat woh jalan kaki keliling bandar ~









October 31, 2011

Motivasi Hari Selasa

When you have taken a decision, put your trust in Allah.” 

(Surah Imran 3: 159)